Your Events, the Borneo Way.
Ruang yang memenuhi setiap keperluan
Ruang-ruang unik di BCCK telah direka khas agar mencapai tahap kreativiti dan inovasi yang tinggi. BCCK telah dibina berhampiran dengan hutan hujan tropika yang tenang dan agak jauh dari kesibukan kota. Akan tetapi, BCCK masih terletak di tempat yang mudah dikunjungi.
Persidangan
Dengan kapasiti maksimum sehingga 4,500 orang BCCK merupakan lokasi yang paling sesuai untuk menganjurkan apa juga jenis persidangan. Dilengkapi dengan teknologi terkini, persidangan anda akan lebih berprestij, seperti Kongres “ASEAN ORL Head & Neck Ke-14″ telah berjaya dianjurkan dengan kehadiran lebih daripada 750 orang delegasi.
Bankuet
Kepelbagaian makanan serta minuman kami bertaraf dunia dan sesuai untuk dijamu dalam majlis makan malam atau resepsi perkahwinan. BCCK juga berkemampuan untuk menyediakan makanan segar dan berkualiti dengan adanya bekalan tempatan yang konsisten dan terbaik. Kami juga boleh mengubahsuai menu-menu sesuai dengan keperluan pelanggan. SAINS, yang merupakan peneraju sistem dan pembekal sistem ICT terkemuka Malaysia telah menggunakan kaedah tersebut untuk acara mereka.
Pameran
Dewan BCCK juga menawarkan fleksibiliti kepada anda sepenuhnya dari segi penggunaan ruang dan susunatur dengan mengambilkira kemudahan akses kepada pengunjung. Ekspo ICT Sarawak merupakan acara terkini yang telah diadakan di BCCK yang mana telah berjaya menarik seramai 40,000 orang pengunjung sepanjang tempoh 3 hari.
Mesyuarat
BCCK memenuhi keperluan mesyuarat anda, dari segi pembentangan, kursus latihan atau mesyuarat lembaga pengarah. Kami juga menyediakan bilik mesyuarat yang sesuai untuk keselesaan anda dan ianya bercirikan suasana kerja yang kondusif.
Acara Koktel
BCCK menyediakan ruang untuk anda mengadakan majlis koktel bagi menambah rangkaian kenalan, acara minum sebelum makan malam atau meraikan rakan sekerja.
Konsert
Ruang di BCCK boleh digunakan juga untuk pelbagai jenis persembahan seperti tarian, konsert atau pertunjukan kebudayaan yang pasti akan memukau penonton.
BCCK dilengkapi dengan teknologi komunikasi terkini yang merangkumi kemudahan liputan internet yang menyeluruh. Dengan kemudahan infrastruktur LAN dan teknologi audio/visual yang terkini, ia juga dapat menyediakan kemudahan perkhidmatan siaran langsung yang terbaik kepada pengguna.
Persekitaran yang kondusif
BCCK telah dibina dengan rekabentuk dan infrastruktur yang kondusif dan mencukupi, sejajar dengan keperluan pelanggan. Ianya juga secara tidak langsung dapat meningkatkan perkembangan minda, perkongsian pengetahuan dan meningkatkan rangkaian delegasi. |